Monday, September 12, 2011

Open House @ Widuri Impian

Alhamdulillah.. Ahad lepas 11.09.2011, selamat juga penganjuran open house kat umah aku. Dengan pertolongan misi gayah menyediakan nasi dagang yang menjadi kegemaran kawan2 ku dan juga aku.. dapatlah kawan2 dan sedara berkumpul dan merayakan aidilfitri sesama.. :) Terima kasihla kepada semua kawan2 yang datang dan juga sedara2 kat KL ni. Tak lupa juga En Boss aku yg sudi datang bersama wife dan anak nya.

Bila pk nak jemput orang datang umah ni, berkira 10 kali jugak. yer la dengan nak parking kat area umah ni yg susah, parking kat dalam ni kalau kosong leh la, kalau penuh, sudahnya tetamu kena park kat luar. Nak kena jaln jauh lak tu huhuhu..

Walaupun ada lagi open house kat bangunan umah aku ni, tapi alhamdulillah tetamu2 aku tak la susah sangat nak parking. Kebetulan masa diorang sampai ni, ada lagi petak2 kosong parking tu.

Dengan adanya open house ni jugak aku belajar la buat roti jala untuk julung2 kalinya, dan happy sbb menjadi. Aku suh mak buat kari. Sebelum buat tu, dia siap tgk dulu aku buat roti tu. Katanya dia akan buat kalau kuah kari tu kalau roti jala aku menjadi. :) Taraaa.. akhirnya menjadi. Resepi aku da tulis siap2 pada entry lain. Sila klik disini untuk resepi roti jala tu.. :)

Menu2 yang tersedia semalam (Semuanya ala kadar je la ):
1) Nasi Dagang Misi Gayah
2) Ketupat Daun Palas Misi Gayah
3) Ayam Masak Merah untuk makan dengan ketupat
4) Roti Jala dan kuah kari 
5) Sos Salsa dan Chachos
6) Tembikai

Minuman : Sunquick dan Air mata kucing

Kuih :
-Kek Carrot
-Kek gula hangus
-Muffin banana

Makanan yang tak terhidang : Tapai pulut. Sebab2 tak hidang ialah kerana tapai tu tak menjadi. Kata misi gayah, ragi nya tak elok. SO takper la, takde rezeki nak makan tapai tu. Ok la, tu je entry open house aku.

P/S : Hanisah.... kalau nisah ada lagi meriah la open house ni.. Takpe yer.. next time kita buat masa nisah ada kat sini :).. Miss u sis..


Tu la makanan yang terhidang.. :)

ketupat palas. Daun diimport dr Dungun..:)

percubaan pertama roti jala kuuuu


Banana Muffin

Kek gula hangus dan carrot cake

Main course : Nasi Dagang + Gulai ikan tongkol ( Pic gegar.. sbb lapar ..huhu)

2 comments:

  1. next year buat lg :)
    ..btw bestnye banana muffin!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah... :), Ari tu dok dang nok wat kan.. dakpe, later2 buat.

    ReplyDelete