Thursday, October 27, 2016

Jom ke Perth : Hari Kedua

21.10.2016 - Itenari hari ini ialah ke :

1) E Shed Market &
2) Fremantle
3) Chemist Warehouse -Beli  Perfume
4) Kaili's - Lunch
5) Watertown Shopping
 
Pagi2 lepas subuh, aku dah start masak. Breakfast kami hari ini ialah nasi putih dan lauk2. Memang tujuannya nak bg kenyang betul2, kot nanti susah nak dapat makanan halal kat luar hehe.
 
Jam 9 pagi kami dan sampai ke area E Shed Market. Kat sini kami nak shopping souvenir di Megabes. Kata orang souvenir disini berpatutan, dan untuk itu aku mengesahkan, mmg souvenir kat sini berpatutan. Owner Singaporean. So sesiapa yang kesana, boleh la shopping souvenir disini ya.
 
lepas kami membuat shopping2 ini, kita terus ke Fremantle. Fremantle ni tempat tumpuan pelancong la. Ada pasar buah dan aksesori disini.So kitorang hanya menjamu mata. Tak shopping pun. Cuma after that ayah dan mak berkenan dengan satu kedai Malaysia ni. Kopitime. Kopitime ni betul2 di Fremantle market ni. So kitorang stop makan murtabak  dan cendol. Malaysia sangat kannnn.. :)
 

 
 

 
Selepas tu kami singgah di Kaili's untuk merasa fish n chips. Ermm rasa sedap la jugak. Portion hidangan adalah besar. So kami share2 je makan.
 



 
 
Then kami terus meronda-ronda dengan kereta di sekitar CBD. Then aku terus singgah ke Chemist warehouse. Ada agenda disini. :) Chemist warehouse ni ialah farmasi. Tapi kat sini jugak ada jual perfume dengan harga murah. So apa lagi.. sesi memborong perfume la. Memang murah harga perfume disini.
 
Pukul 2 kami balik apartment untuk rehat. Aku terus masak untuk dinner. lauk2 pack balik dalam fridge, so balik mlm nnti just panaskan.
 
Dan dalam pukul 5ptg kami keluar lagi. Kali ini aku ke Watertown Shopping. Sini ala2 JPO Malaysia la. Banyak jugak outlet, tapi aku tak shopping pun. Takde yang menarik perhatian. Tapi mak happy sebab ayah present kan handbag Oroton satu kat dia :) Yayyyy..
 
 
 
Then malam tu kami dinner dirumah. Panaskan lauk sahaja. Berjalan2 camni kena kreatif dan pandai cari peluang nak masak ya. So balik je dari Watertown terus la dinner.
 
End of day 2 :)

Kat bawah ni antara gambar daripada Day 2 :)

Dalam Fremantle Market

Di depan pintu masuk market

4 comments:

  1. Hi..nk tnya..xde msalah ke msa kat airport klau beli perfume dlm 4-5 botol? Mcm mna u packing perfume tu..u letak msuk kabin ke?

    ReplyDelete
  2. maaf lambat reply. maybe u dah ke sana. untuk panduan yang lain jugak, sy hanya bawa balik dlm 12-15 kotak. masuk dlm luggage. 2 beg saya dan suami. Hari tu lepas je la. :)

    ReplyDelete
  3. Mmg murah ke borong perfume kt sna? Saya plan nk pi bulan julai ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah hehe.. kat chemist warehouse tu murah. Kalau beli banyak, nnti boleh claim tax sblm balik Malaysia. Kalau tak silap kena 300dolar kat kedai yg sama. jangan lupa borong ya.

      Delete