Monday, January 24, 2011

Cuti2 Mesia ke Sarawak

Salamzzz.. disebabkan bos pun takde, keje da setel, so aku nak merajinkan diri nak hapdate blog ni. Kali ni nak hapdate pasal apa yg aku buat masa kat Kuching last weekend.

19.01.11 - Aku sampai je kat airport Kuching, terus la pi cari cab nak ke Tune Hotel kat Waterfront. Disebabkan budget yg nan hado ni, aku try untuk pertama kali stay kat Tune Hotel. Serius cakap, memang murah dan berbaloi.. Lagi awal kita book, lagi murah la kita dapat. Masa aku book ari tu, hotel ni still kena kan admin fee, after seminggu aku book, dah waive admin fee.. tak per la, takde rezeki aku. Dari airport Kuching ni aku beli coupon taxi, RM26 ke waterfront. Bagus la ada coupon ni, kita bayar siap2 kat situ, then tak yah susah2 nak bayar kat taxi driver ni.

Sampai je Tune Hotel ni, kitorang check in dan letak barang-barang. Jam dah kul 5 lebih, apa nak buat kan.. perut pun dah lapar. Terus la kitorang jalan kaki seberang jalan ke waterfront tu. Dekat yerrr.. tak susah langsung. Nak makan apa yer.. then nampak seberang sungai tu ada cam tempat makan. So 4 beranaksss ni pun bayar la 50 sen each and naik bot penambang ni untuk keseberang. Tak sampai 5 minit dah sampai kesana la. Then cari la gerai mana nak makan. Nak try makan mee kolok yang fames di Sarawak ni.


Laksa Sarawak
Potato Twist
After maghrib balik and rehat je kat hotel. Tetiba ayah and Judin nak minum2 plak..nak pi mana yer.. mak dah penat and malas kuar bilik katanya.. So pas isyak kitorang bertiga jenjalan la lagi kat area watrefront. Nak masuk kedai kena tanya ayah ke tak.. Lepas ke Tak Lepas.. Isu Halal haram dan juga kebersihan.. Pak Shah memang cerewet skittt.. hehehe.. then 3 orang ni end up lepak kat Grand Margerita Cafe. Belasah je la.. tetiba aku teruja nak makan creme brulee.. Judin belanja kan.. so gunakan la.. hahaha..

 Dah penat jalan, terus balik tido..

20.01.11- Mak and Ayah ada anak angkat kat sini, Ramli namanya. Dari mana dia dapat? Daripada Judin, sbb dia ni kawan Judin altho tak sebaya. Ramli ni abang skit la. Dia penah datang semenanjung and stay umah kitorang dulu. So kali ni dia nak entertain kitorang la plak. Nasib baik ada dia, kalau tak, kitorang kena sewa kereta dan cari2 jalan sendiri la kan.. hehe.

Pepagi lagi pi breakfast kat Coffe o corner. Kat sini makanan best dan banyak pilihan, kitorang kat sana, everyday breakfast kat situ. Suka sangat la kot kan. Sini cam bersih so pakshah "like" kedai ni. So kitorang pun ska jugak la sekali...

Koleksi makan2 kat sini seperti la kat bawah ni.. Nafsu sungguh tahap pemakanan kitorang ni : huhu

Mee Jawa Special
Roti serunding tuna - Nama betul tak tahu.. tapi kat dalam ni ada serunding tuna. Sos lada itam, cili and mayo.. ermm resepi baru katanya.. rasa nyer..nan hado je.. tapi ok la.. manis skit.
Nasi ayam penyet

Mee kolok sup

---Macam tak de plak gambar makanan yang aku snap banyak2.. ermm.. takper la.. not in the pic ni antaranya ..nasi dabai..mee kolok goreng, sate.. and many moreeeee -----

Dari Kuching tu, terus la pi Kampung Budaya. Mana boleh tak pi kan, dah sampai Sarawak ni, kena la pi. Kat sini, masuk RM60, tapi sbb ada nya Ramli Sarawakian, dia leh bagi kitorang promo price giter.. Best2.. Jimat duit makkk.... hahaha..
Bot2 sungguh yang paling kiri tu..huhuhu
Not in the pic is Cik Bot2, yang paling kanan tu la anak angkat mak, Ramli merangkap tourist guide kitorang sepanjang di Sarawak.
 Asyik sangat aku masa kat situ ala2 pelancong dari London sambil2 snap2 pic menggunakan Canon ku dan HP S.E kesayangan tu.. Dari Umah Bidayuh ke Umah Iban... Tetiba pompuan Bidayuh panggil aku..

"Awak ada tertinggal telefon ni kan?"
Huhuhu.. leh tak aku tak sedar yang aku tertinggal phone kesayangan tu. Nasib baik la orang2 kat situ jujur gitu. Katanya memang dah biasa orang tertinggal barang2 camni. Kalau pekerja Kg Budaya yang jumpa, InsyaAllah barang tu akan dikembalikan. Tapi dia kata kalau orang2 yang datang melawat tu yang jumpa, maybe tak dapat balik la.
Cik Bot2 tak sanggup nak bergambar ngan org2 ni..huhu.. sexyy seyyyy

Bot2 againnnn   
Hepi nampakkkk

Dah pusing2 semua umah kat situ, then kitorang tengok show kat teater jam 11.30. Show ni best la. Mak la yang paling ska sangat ngan show ni. Mula2 tu mcm nak tido je, tetapi tengok2 dia yang paling beria dengan show ni.

Tarian ngajat lesung...
Petang kitorang jenjalan kat Waterfront. Nak beli cenderamata skit. Aku memang nak beli pua kumbu tu. Nak gantung kat umah aku tu. Altho dah banyak sangat benda yang tak tergantung kat umah tu.. tambah lagi satu ni.. haha..

Dah penat tu .. pi makan dulu kat Kubah Ria.. and balik.. ZZZZZZ

21.01.11- Pepagi lagi dah kuar. Hari ni buat lawatan ke Taman Buaya lak. Sebelum tu nak pi kat Orang Utan tu, tapi time kitorang pi tu, Orang Utan takde lak.. sbb diorang masuk Hutan.. kalau kitorang datang time makan diorang .. baru leh tengok.. takper, tengok je la dlm discovery channel.. hehe

Then kitorang pi la kat Jong's Crocodile Farm & Zoo. Kat sini kalau dewasa RM16, tetapi kalau Dewasa Sarawakian RM10. Apa lagi.. En Ramli la yang pi beli tiket. Dapat save lagi.. :) Mak taste...
Kat dalam ni tengok la buaya2 yang banyak dan haiwan2 lain jugak. Then tengok show jump crocodile gitew.. Best la jugak. Tapi bau tempat ni.. MasyaAllah. Nasib la aku bawak minyak angin. Kalau tak memang aku pengsan. Mak dah siap2 muntah.. Tak tahan bau.. hahaha.. So sempat la snap pic2 kat bawah ni. Feeling jadi photographer gitew.

Padat sungguh.. dah macam sardin daa... berhimpit2
croc jump show



 
Lepas pi situ, kitorang pi Serian. Memang nak melawat umah Ramli ni. So masa kitorang pi dah tiba time nak Solat Jumaat. Ayah,Judin and Ramli pi masjid. Aku and mak? Duk la umah Ramli. Mak dia sangat ramah. Tapi aku memerlukan fokus yang berterusan sbb nak kena paham apa yang dicakap kan. Huhu.. Tapi ok la, mak dia cakap pun tak la susah sangat. Ala2 dia guna bahasa intermediate stage la... Then tak lama pastu datang lak nenek dia. Atas wheelchair, katanya dah berusia 90 lebih. Tapi nampak segar la jugak. Bila dia start cakap... aku ngan mak dah tak paham, so mak Ramli la yang traslate pada kitorang. Nenek ni guna bahasa Hard stage. Harus la aku tak paham.. huhu

Hari ni makan kat umah Ramli.. Uiii meriah lauk nya.. Penuh kain hamparan la. Dan rasanya sungguh best sehingga aku menambah makan sebanyak 2 kali.. huhu.. Alasan nak makan banyak.. ialah bila lagi nak makan beras padi huma.. hahaha.. Alasan tak leh blah.. Tapi betul pe.. kat sini makan beras padi bendang tu.. lain rasanya.

Ramli sedang menghidang makanan.. :)
Malam lepas isyak Kuar lagi, kitorang makan lagi kat Kubah Ria. Kat sini banyak stall. So memang best nak makan, Makanan kat sini semua best2 and harga sangat berpatutan la.

22.01.11- Pepagi dah check out dan bersiap2 nak pegi ke Serikin. Serikin ni just dibukak pada hari Sabtu and Ahad je.Tempat ni kat sempadan Indon katanya. So perjalanan kesana lebih kurang sejam gitu. Kata Ramli, masa nak raya hari tu, nak ke Serikin ni jam. Orang parking kereta jauh dan terpaksa jalan nak kesitu. So masa kitorang sampai tu, orang tak la ramai sangat.

Kat sini ala2 aku pi ke Pengkalan Kubu atau Rantau Panjang kat kelantan tu. Barang kat sini memang murah. Then after shopping skit2, terus balik ke Kuching dan jenjalan kat sana. Kat sini tak leh duk lama2 sebab rimas. Makin lama,makin ramai pengunjung.

Sampai ke Kuching, terus pi kat Kg Boyan, nak beli kek lapis. Kat sini semua2 orang pandai buat kek lapis agaknya. Hehe.. Aku memang tak nak beli kek kat tempat yang katanya femes, sbb ari tu Fakhrul ada bagi masa dia beli.. rasanya cam kering skit. Ntah, aku rasa cam tak sedap. Maklum la da biasa makan yang home made yang dibawak oleh Kak Mahani.

So aku jenjalan.. then jumpa satu tempat ni, Kek Lapis Zaharah. Masa aku sampai akak ni tengah buat kek kat beranda umah je. Sempoi giler.. aku masuk ala2 nak beraya, then dia layan kan je la aku sorang ni. Dengan mengada2 mintak air bagai.. aku pun merasa la dengan rakusnya. Maklumla time tu tengah lapar.. then aku beli la seadanya. aku nam promote kek lapis zaharah ni sbb rasanya best and dia guna butter bukan margerin. Thumbs up!!

So malam kitorang balik ke Semenanjung... Good Bye Sarawak....

Note : Terima kasih tak terhingga pada Ramli Sarawak yang sudi cuti 2 hari dari keje and bawak kitorang pi jenjalan. Mesti penat layankan kitorang ni.. huhu

No comments:

Post a Comment