Sunday, January 16, 2011

Hari yang lemau

Isnin...huhu.. paling malas nak bangun pepagi ni.. best nye kalau keje start kul 10 pagi.. :). Tapi tak mungkin la kot.. kalau jadi pun..bukan keje kat tempat skrg ..hehe. Bangun kul 6, tapi tak bangkit dari katil. Mata terkebil2 tahan mata jangan bagi tidur balik. Nak bangun malas lagi plus sejuk sangat. Last2 kena la bangun gak. dan pi keje cam biasa. Ramai lak yang takde ari ni. Boss MC lak.. ermm... tak per la. Sorang2 la lagi.

Entah hantu ngantuk mana yang bertenggek kat mata aku ni, mata ni asik nak terpejam je. Nampak lappy cam dah jadi 4..parah2 ni..Tetiba bangun darii tempat dan bawak apa yg patut dan berjalan keluar. Nak pegi mana ya.. akhirnya dapat idea yang bernas lagi memberangsangkan. Masuk dalam Pooh dan time jam sejam selepas. Sejam aku tidur. Puas hati. :)

Dah abis tido naik opis.. takde email2 sangat. Hari ni maybe bukan aku je yang lemau. Ramai lagi kot yang lemau termasuk pelanggan2 aku kot. Hahaha.. bagus2. Tapi bila pk nak kena pi s.alam ptg ni, naik geram pun ada. Kalau la takde kelas tu.. mau aku balik tido kan.. tapi takpe2.. daripada tido petang2.. baik aku duk dlm kelas kan? Positif2..... Balik malam nanti terus tido hopefully la.. jangan lak tangan gatal2 on lappy..

Masa masukkan entry ni, mata cam ngantuk lagi.. ermm tak cukup oksigen kot ni. So daripada aku melalut tah pape ni.. baik aku pi jenjalan kat bawah jap.. adios... :)

No comments:

Post a Comment