Tuesday, January 11, 2011

Skool....

Dah nak kul 10malam. Ermm hati ni tak brp best sangat. Sbb aku tak pi kelas la.. huhu... semalam aku pi, tapi frust sebab dah sampai sana, kelas batal. Dah la jam cam harem.. geram tul. So hari ni aku cam malas. Bila dah start kelas ni, tak leh da la nak balik umah awal2. So hari ni balik je terus la membibik kan diri. Banyak sungguh nak kena setel.

Sambil masukkan entry tah hapa2 ni.. aku dengar balik lagu lama yg aku minat dolu2. Time ni aku ada kat Kemaman. Praktikum kat sana. teringat zaman tu, senyum sesorang lak. Ngan duk umah sewa. kecoh. Lagu lama yang aku minat ni, abot yang nyanyi, kasihmu..

Kasih Mu bagai air mengalir

Salju dalam jiwa nan resah
Hati yang layu kembalilah mekar
Bila nama Mu kusebut-sebut

Tak terungkap kasihku pada Mu
Dalam suka mahu pun duka
Tiada tandingan cinta Mu di dunia
Unggul kekal selamanya

Dari terbit mentari hingga dasar laut
Sebesarnya alam sezarah kuman
Namun tak tertanding kuasamu kasih
Jatuhku bangunku Kau tetap di sisi

Sungguhnya aku yang berdosa
Sehina-hinaku rendah diri
Biar ku terpalit juta noda
Masih ada ruang keampunan

Dari kerdipan bintang hingga kilau pasir
Agung ciptaan Mu akal tak sampai
Semulia-mulianya segala kejadian
Kerdilnya aku di mata Mu

Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah

Antara memori indah time study dulu, ialah masa aku kat sini. First time duk umah sewa. Pastu time tu jugak la aku bercinta paling singkat. Hahaha.. Tetiba lak aku berskandal ngan technician tempat aku praktikal tu. Padan la tak cerdik.. cikgu suh belajar, aku lak menggatal. huhu.

Altho bercinta, tapi manfaat la jugak, sbb masa tu kena buat satu sistem ni, and resource person is that technician la. hehe.. So dia ni banyak membantu la.. Dalam masa duk kat situ, leh la aku siapkan sistem yang nan hado je.. tapi owner company IT ni kata sistem yg aku buat tu dah cukup bagus. Lecturer yg datang tu pun tak puas hati.. tapi sbb pujian yang menggunung tu.. dapat la aku senyum puas bila tgk result.. Haha.. Tq En Nal.

Bila ingat time2 tu.. nak je ulang balik. Tapi hidup ni bukan leh rewind cenggitu je kan. Yang dah berlalu tetap berlalu. Tak boleh nak ulang balik, yang boleh hanya la mengenang je. Emm...banyak benda dalam hidup kita ni, kalau kita fikir2 balik, ada yang terdetik dalam hati.. Kalau la dulu. aku.. itu.. ini....
Tapi tak baik menyesal. Kita kena pasrah dah harungi jugak hari2 mendatang ni. perkataan KALAU tu bagai memberi ruang pada yang bertanduk tu nak cucuk jarum dan menyesat kan kita..huhu..

So kalau rasa menyesal.. ingat la padaNya. Adalah bahagian kita yang telah ditentukan. Hidup kita, mati kita.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment