Monday, January 31, 2011

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Ermm.. tetiba ari ni aku mendung je semendung cuaca kat kampung ni. Sebab aku tak balik ke kampung, adakah sebab aku sibuk ngan keje atau sekolah, atau sbb aku nak mengelak. Berat kepada aku nak mengelak kot. Aku tak dapat nak sembunyi kesedihan bila aku balik ni. Wajah2 org kat kampung, pandangan orang pada aku.. :) sedih lak rasanya. Masa kat majlis 2 hari lepas, ramai je yang bertanya status aku kan. Ehh..bukan ke dah kawin? tu antara kata2 nya. Terus aku counter back.. Tak la.. yang kawin tu adik saya, dah ada anak pun, setahun 3 bulan. Tu je la skrip aku. Muka gila stone.. tapi dalam hati?? sapa tau kan. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kadang2 aku terpk, salah aku ke? Kalau sebab aku menolak dulu menyebabkan aku tak berjodoh aku pasrah. Aku akui la silap aku, tapi sungguh, demi Allah, memang aku tak boleh terima dulu. Bukan sebab rupa paras ke.. pangkat apa ke...tapi memang tak boleh. Aku ni macam jadi beban dah. Kalau adik lepas ni nak kahwin, pun kena pk aku kot.. kesian plak dengan dia.

Semua orang tak tahu apa yang akan berlaku depan hari. Kalau kita buat A tak semestinya B yang menyusul dan sebaliknya. Aku tak tahu apa yang direncanakan olehNya pada aku. Apa yang aku buat sekarang hanya la doa. Tu je yang termampu. Usaha dah aku buat, tapi belum menyebelahi aku kot. Tapi setiap kali aku pk aku ni sangat kesian.. sangat susah.. aku tetap bersyukur sbb Allah maha pemurah. Apa yang aku ada pada hari ni, semua datang dariNya. Ada hikmah disebalik apa je yang ditentukan. Aku sebagai hamba... redha je dengan ketentuanNya.

K la.. tetiba syahdu plak..  Chow....

6 comments:

  1. InsyaAllah... 1 hari nanti jodoh kita akan sampai. Itulah janji Allah pada hambaNya. Manusia itu dijadikan berpasang-pasangan. Cumanya kita tak tau bila, siapa, di mana... :)

    ReplyDelete
  2. emo.. feeling..
    nak kesah hapa org cakap or pikir apa pasal kita? yg penting kita hepi! x hepi pun buat2 je hepi depan diorang... diorang kata lu gitu, sbb diorang jeles diorang xde life mcam lu! henjoys!

    ReplyDelete
  3. tambah lagi.... ada lu pakai duit diorang kalo lu single? abih ke beras diorang kalo lu x kawen? xkan...? so...?

    ReplyDelete
  4. Bole tak like statement hasam ni? I loike!!!!

    ReplyDelete
  5. HUHU... Betul tu... bukan wa guna duit sesapa pun.. Bukan tak usaha kan.. wa da usaha... Allah je yang Maha Mengetahui... :)

    ReplyDelete