Tuesday, February 15, 2011

Tazkirah

14 Februari, aku ada kelas Taxation. Kelas Taxation berlangsung seperti biasa la, lewat skit dari jadual, kelas sepatutnya start at 630, tapi betul2 start pun da pukul 7 huhu. Lepas maghrib Lecturer tetiba serius, katanya nak share something berkenaan kehidupan seharian seorang muslim.

Kenapa ya.... rupa2nya, dia kata dia sedih tengok student2 yang tak solat maghrib. Ermm rupanya dia ni da observe. Aku tanya kawan kat sebelah, ramai ke yang tak pi surau? Katanya separuh daripada kelas semalam memang tak ke surau termasuk lelaki. Padan la dia perasan.

Antara yang dikatakan oleh lecturer ni :
Hidup kita takkan senang dan aman sekiranya kita tak solat, solat adalah tiang agama dan tak sepatutnya ditinggalkan. Benda2 ni semua telah sedia maklum, cuma yang baik susah nak dilaksanakan. Dugaan dan cabaran diberikan oleh Allah adalah untuk menguatkan kita sebagai khalifah di mukabumi. Tujuan kita diciptakan ialah untuk beribadah kepadaNya. Allah tidak mendapat apa2 disebalik apa yang dilakukan oleh manusia, malah akan diberikan ganjaran yang maha hebat sekiranya kita penuh dengan amalan yang baik.

Puan ni kata lagi, kebanyakan daripada hati yang tak tenang dan tidak aman ialah kerana tidak mengerjakan solat. Erm.. memang betul kot, if kita solat, sekurang-kurangnya selepas solat kita akan berdoa kepadaNya untuk melancarkan segala urusan seharian dan memasukkan iman ke hati. Allah menerima doa daripada hamba-hambaNya, tapi sekiraya hanya berdoa tika susah tetapi tidak solat, tiada guna kita berdoa kepadaNya.

Then dia kata lagi, ada banyak nikmat yang diberikan oleh Allah. Tetapi yang sangat ditakuti ialah Allah memberikan nikmat kepada manusia untuk melalaikan lagi daripada beribadah ataupun dipanggil Istidraj. Sebab itu la kita tengok banyak orang2 yang berjaya dan kaya raya yang tidak pernah sujud kepadaNya. Nauzubillah....

No comments:

Post a Comment