Thursday, February 17, 2011

Friday.. At last

Salam ceria di pagi Jumaat. Tiba je Jumaat rasa cam nak senyum sampai ketelinga. Happy sugguh. Esok tak yah bgn awal sangat. Sempat lagi nak blogging ni sementara nak pi bf date. Ermm... Apa nak makan yer... Huhu.. apa daaa... da 2-3 hari ni makan cereal kan. Feeling nak diet sangat altho da sampai umah.. kalah jua akhirnya sbb mak masak ikan bakar 2 malam berturut2..huhu... Dah la malam baru makan. Tak ke nanges aku ni. Badan makin hari makin cam kena pam.. :)

Kata orang, hati senang. Senang la sangat ye.. ermm.. okies.. da sampai masa nak bfast.. Hepi Friday to all... Esok rehat la sepenuhnya,, InsyaAllah...

Wednesday, February 16, 2011

Aku dan Jiran

Pepagi tadi aku tunggu lif macam biasa. Mata ni still mamai gitu... malas tul nak pi keje kan. Tetiba ada satu family kat belakang menunggu lif jugak. Rupanya jiran sebelah rumah aku. Apa yang pelik pada diorang ni... diorang da dapat baby la... Ishk2.. da 3 bulan daaaa... Apa punya sengal la aku ni, sampai kan jiran da ada baby pun. boleh aku tak sedar. Tapi bila pk2 balik, tak pernah lak aku dengar suara baby nangis ke.

Terusla aku beramah tamah dengan akak ni, katanya memang susah nak nampak aku. Aku pun guna la alasan belajar sbb selalu balik malam. Tapi weekend tak jugak jumpa ya. Ermm.. tu aku pun pelik. Nak kata aku tak balik umah, balik je selalu. Tapi betul la, kalau balik malam, pukul 10-30 or 11 malam, sapa lagi nak berkeliaran kat luar time2 tu. Betul la.. takde life aku ni. Kuar pukul 7 pagi balik 11 malam, sampai apa berlaku kat sekitar rumah pun aku tak sedar. What to do... hopefully abis la aku belajar awal tahun depan. Da tak larat pun ye jugak ni..huhu..

Ok la... da nak start jadi pekerja cemerlang lak.. :) chow

Tuesday, February 15, 2011

Tazkirah

14 Februari, aku ada kelas Taxation. Kelas Taxation berlangsung seperti biasa la, lewat skit dari jadual, kelas sepatutnya start at 630, tapi betul2 start pun da pukul 7 huhu. Lepas maghrib Lecturer tetiba serius, katanya nak share something berkenaan kehidupan seharian seorang muslim.

Kenapa ya.... rupa2nya, dia kata dia sedih tengok student2 yang tak solat maghrib. Ermm rupanya dia ni da observe. Aku tanya kawan kat sebelah, ramai ke yang tak pi surau? Katanya separuh daripada kelas semalam memang tak ke surau termasuk lelaki. Padan la dia perasan.

Antara yang dikatakan oleh lecturer ni :
Hidup kita takkan senang dan aman sekiranya kita tak solat, solat adalah tiang agama dan tak sepatutnya ditinggalkan. Benda2 ni semua telah sedia maklum, cuma yang baik susah nak dilaksanakan. Dugaan dan cabaran diberikan oleh Allah adalah untuk menguatkan kita sebagai khalifah di mukabumi. Tujuan kita diciptakan ialah untuk beribadah kepadaNya. Allah tidak mendapat apa2 disebalik apa yang dilakukan oleh manusia, malah akan diberikan ganjaran yang maha hebat sekiranya kita penuh dengan amalan yang baik.

Puan ni kata lagi, kebanyakan daripada hati yang tak tenang dan tidak aman ialah kerana tidak mengerjakan solat. Erm.. memang betul kot, if kita solat, sekurang-kurangnya selepas solat kita akan berdoa kepadaNya untuk melancarkan segala urusan seharian dan memasukkan iman ke hati. Allah menerima doa daripada hamba-hambaNya, tapi sekiraya hanya berdoa tika susah tetapi tidak solat, tiada guna kita berdoa kepadaNya.

Then dia kata lagi, ada banyak nikmat yang diberikan oleh Allah. Tetapi yang sangat ditakuti ialah Allah memberikan nikmat kepada manusia untuk melalaikan lagi daripada beribadah ataupun dipanggil Istidraj. Sebab itu la kita tengok banyak orang2 yang berjaya dan kaya raya yang tidak pernah sujud kepadaNya. Nauzubillah....

Hepi Besday To MEEEEE

14 Februari... Hepi besday to me. :) Ermm meningkat setahun lagi umurku. HUHUHU...  Tahun ni bday aku rasa mcm dihargai oleh kengkawan.. cam biasa la. Semua nya ingat nak wish "Hepi Besday". How i'm gonna live without my fren and family. Mak pepagi da call untuk wish.. Love u sooo much.. Dulu masa dia masih keje, dia mesti lupa tarikh, now bila da bersara and tak banyak keje nak buat, semua birthday anak2 dia, dia ingat.. :)

Aku cuti on my birthday, malas nak keje lagi pun 15hb Maulidur Rasul, cuti lagi, so aku nak rehat je. Petang 14 Februari aku pi kelas. Ujan maha lebat ya. Sampai tak nampak jalan. Dah sampai S.alam, aku lepak ngan Arina and makan di Wong Solo S.alam.. Ayam Penyet and NASI of kos.. although cuti ni asik melantak je.. non stop, tapi still nak makan nasi ayam penyet tu jugak.. nangessss..

Habis kelas je, aku terus ke kereta. Tekan alarm kunci tapi tak bunyi.. Sudahhhh.. apa masalahni. AKu terus call Judin nak tya kalau aku bukak manual, kat mana nak tekan nak suh kereta tak bising. Then terus bukak secara manual... huhu.. tak bunyi and kereta pun tak boleh nak start. Then aku tgk lampu aku rupa-rupanya tak tutup sepanjang aku duk dlm kelas tadi.. HUHUHUHU.... apa nak buat ni?????

Baru teringat tadi ujan lebat aku bukak lampu and dah sampai kelas aku lupa nak off lampu. Ermm.. menggelabah... Nasib baik ada Arina yang temankan aku. Nasib baik ada yang sudi mebantu dengan masukkan bateri kereta dia ke POOH. Pooh da boleh start, then masukkan balik bateri aku nak charge balik. huhuhu.. gila panik...

Sementara tunggu kawan tu buat2 keje2 tukar2 bateri ni, Arina terus je bagi satu statement yang sangat menusuk ke KALBU.. :)

"Beb, time mcm ni la kita baru terpk perlu ada lelaki dlm hidup kan.."

Ermm.. betul la tu. Aku pun tak kata pape.. sambil meng iya kan je kata2 tu. Tadi aku menggelabah nak mintak tolong sapa. Semalam aku kuar lagi ngan kawan aku, dia marah sbb tak call dia. Altho dia jauh skit, tapi dia ramai kawan kat S.alam. Huhu.. Tanak ada lain kali da. Aku akan be carefull.. Tanak lalai cam tu lagi.

Tapi bila pk panjang-panjang, maybe ni dugaan untuk aku kot. Allah baru nak uji skit, and nak bagi aku ingat yang pada Bday aku kali ni, aku kena hadap masalah ni.. Hehehe.. Memang aku akan sentiasa ingat!!! Namun aku syukur padaNya, segala yang dirancang kepada hambaNya ada hikmah disebaliknya. Dan aku dapat rasakan hikmah itu. :)
Chow...

Thursday, February 10, 2011

Spend Time ke?

Hari ni lepas meeting, cepat2 balik umah amik handphone jap. Apa nye clumsy la aku ni, hari ni jugak tertinggal phone. Dengan ada meeting, pastu janji ngan budak full time kat sekolah nak call dia.. Hari ni jugak la aku takde phone. Balik umah amik phone dan terus pi S,A. Tanak la jem lagi. Kul 430 melepasi Menara TM... Esok la pi. Dah 3 hari tak masuk keje ni.

Sampai SA, terus lepak berdating... hehe. Aku just minum je sambil tengok orang kat depan ni makan nasi putih and kari ayam. Nyum2.. teruja tapi tahan nafsu. Hahaha.. Maklum saja, badan da makin comel ni. Ish2. Aku da mengah bila jalan jauh skit. Dah tanda la tu aku makin EBAB2.. huhu.. Jam dah pukul 615. Nak kena chow pi kelas da... 

CHOW.............

Wednesday, February 9, 2011

Cannot SLEEP lorrr

Huhu... Jam da kul 1.27am. Mata aku ni segar lagi. Camna ni.. esok keje lagi. Mesti sakit kepala lagi siang esok. Memalam camni, nasib baik ada kawan yang temankan. Tq frennnn.. Kenapa susah tido? bila aku google, sbb badan da penat sangat pun ye.. susah gak nak sleep.. and paling utama ialah sbb banyak sangat yg di pk kan. So mata susah nak lelap. huhuhu.... Penat sungguh nak paksa sleep ni. Dari lepas isya' tadi aku da off lampu and try paksa tido. Hasilnya.. aku asik on off lappy je. Cannot sleep jugak. Nak study pun malas. Kalau study skit pun bagus. Tapi knowing aku yg sangat la rajinnnnn ni, study nya bila nak test and exam je.. huhu..

K la.. aku nak try off lappy again. Hope2 kali ni berjayala aku sleep ni...

Monday, February 7, 2011

Bengangggggggggggggggg

Hari ni aku berkejar2 buat keje memandangkan 3 hari aku takkan masuk opis. Just breakfast ngan partner yang hari ni dah masuk keje. Selepas tu mengadap laptop nak siapkan keje2. Pukul 5, tak siap2 gak keje, terus kemas barang2 nak pi S.alam. Ari ni ada kelas Tax.

Nasib baik tak jam sangat. Tapi kepala berdenyut2 lak, maybe penat semalam redah jam kat Karak tak abis lagi. Plus aku tak makan tengahari, huhu. Berhenti kat Petronas nak Asar dan beli roti. Tak tahan la.. kepala sakit. Amik panadol siap2.

Sampai je S.alam, ni yg paling best...... daki tangga nak ke kelas, bertembung ngan kawan2 sekelas.. Berita yang dibawak.. KELAS BATAL.... Sentap tak???? Dengan drive dalam sakit kepala plus lapar... Tol... Penat... Ya Allah..... nasib baik aku tak terguling2 kat tangga tu.. Geram la...... Apa la Lect ni, leh je sms kitorang awal2.. Penat nya... huhuhu....

Dalam hati aku menyumpah jugak.. Dosa pun dosa la... Tak larat sangat rasanya. Balik sbb nak elak Jam.. lalu ikut NPE... Tol lagi.. gasakla.. kepala sakit, aku da tak kisah. Da sampai umah dah nak maghrib, kan aku tido kan moody lak nanti, tak elok pun ya. Dan yang paling utama sbb aku tak tido.. mata aku tak leh lelap.. huhu... Mintak2 lepas Maghrib aku leh tido.

Ermmm... aku dah menaip ni, masih tak masuk waktu... tak tahu la nak tulis apa lagi... chow dulu la.. Tgk FB lak.. papaiiiiiiiiiiii....