Friday, March 21, 2014

1st Anniversary Breakfast @ La Bodega Jalan Telawi Bangsar

Hari ni aku dan  H nak breakfast kat luar. Ermmm aku decide nak treat him for breakfast. So aku decide La Bodega kat Telawi. Hari ini ialah our 1st anniversary. Alhamdulillah. Walaupun masih berdua, takde kehadiran zuriat lagi, tapi kami bahagia. Semoga Allah makbulkan doa kami untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah nanti :)

Ermm as usual kalau aku pergi brekfast kat Bodega ni, mesti amik Big Breakfast. Fresh juice and Hot Chocolate!!..burpp kenyang suda. H pun sama, tapi dia suka latte.

Lepas makan ingat nak pi Mid Valley, tetiba mood isteri swing.. then balik umah sleep!. Sensitif plak aku hari ini, sedih sbb janji nak dinner, tapi H ada kerja lak. Teruk sungguh aku ni, bukan lama pun. kejap je dia nak keluar. Tapi sbb mlm ni kan? our dinner kena hijack.


Tuesday, March 11, 2014

Kehilangan MH370- 7 March 2014

Semua orang bercakap berkenaan isu kehilangan MH370. Hari ini masuk hari kelima kehilangan aircraft ini. Macam-macam spekulasi yang timbul. Semua orang sibuk meletakkan status di laman2 sosial berkenaan kehilangan ini. Kemana hilangnya MH370 ini? Memang misteri. Aku baca semua status di FB, twitter. Tapi bila masuk hari ke2 lepas, aku dah tak percaya selagi tidak dengar sendiri PC yang diadakan. Semua berita2 sebelum ini, pememuan serpihan kapal, pintu kapal, tumpahan minyak, semua tu salah dan bukan datang dari kapal yg ilang. So bersabar dan berdoa untuk bertemu dengan MH370 ini. Terkini bunyi letupan di area Terengganu plak. Erm.. kalau betul, semoga dipermudahkan untuk bertemu segera dengan MH370.
 
Doa yang berpanjangan untuk MH370. Semoga dijumpai segera.

Tuesday, March 4, 2014

Pizza Homemade

Ok. Now nak kongsi resepi pizza plak. Dah lama tak masukkan entry masak2 ni. So smlm tetiba mood nak masak berkobar2. Pergi Giant kat area rumah untuk beli barang2. Sebelum tu ada google resepi kat internet. Tengok yang mana mudah la kan. So aku ada ubah skit2 sbb pemalas kan.. kekdahnya, mana yang kena guna mixer tu, aku skip.. uli dengan tangan je la. :)
 
Ok so bahan2 seperti di bawah :
 
Untuk Doh
1) 500gm gandum
2) Sepeket instant yeast
3) Air secawan
4) Minyak zaitun / minyak masak setengah cawan
5) Sesudu kecil gula
6) Sesudu kecil garam
7) 2 sudu besar buttercup
 
Untuk topping
1) Pasta sos ( Heinz ke, San Remo ke.. )
2) Minyak zaitun skit
3) Sosej ayam
4) Shitake mushroom( or cendawan butang dlm tin pun ok )
5) Bawang besar potong dadu
6) Tomato
7) Sos cili
8) Mozarella cheese (Parut)

Actually untuk topping ni, suka hati korang la nak letak apa kan..  tu yang aku buat semalam. :)

Cara-cara menguli doh

1) Bancuh secawan air dengan yeast. Gunakan air suam. Jangan guna air panas, nanti tak kembang yeast tu. Kemudian masukkan gula dan garam. Jap gi akan nampak yeast tu mengembang
2) Ayakkan tepung ke dalam bekas dan masukkan bancuhan yeast tadi
3) Masukkan air. Uli lagi
4) Masukkan minyak. Uli lagi
5) Masukkan 2 sudu besar butter. Uli lagi
6) Uli sehingga sebati.
7) Then biarkan seketika. Dalam 10 minit doh akan mengembang. Dalam 2 kali ganda gitu. Then tumbuk dengan tangan adunan tersebut untuk keluarkan angin.
8) Bentukkan doh bulat besar dan biarkan lagi. Jangan lupa tutup bekas dengan kain basah. Biarkan dulu dalam 30 minit. Kalau tanak tutup ngan kain basah ni pun ok kot.
 
Penyediaan topping
 
Potong semua bahan sesuka hati anda. Macam kita tengok pizza2 hias topping tu kan. :)
 
Cara2 bakar :
 
Letakkan doh yang dileperkan ke loyang. Kemudian sapukan dengan sos pasta. Then masukkan ke dalam oven dalam masa 10 minit. Bakar dengan 200-230 celcius. So separuh masak la ni.
 
Selepas 10 minit, keluarkan doh tadi dan renjiskan minyak zaitun sikit. Then sapukan sos cili dan sos pasta sedikit lagi. then mula la meletakkan topping sesuka hati anda. diakhiri dengan parutan mozarella. Then bakar sekali lagi dengan suhu yang sama dalam 10-15 minit. Agak2 la sehinggan cheese nampak kekuningan.
 
So bila dah siap.. jemputla makan.. :)
 
Untuk percubaan pertama.. Not bad.. Encik Husband ska je :)
 
Rupa pizza i.. hehe
 

Sunday, January 19, 2014

Tips bila telefon terjatuh dalam air

Okies, now nak cerita pasal tips kalau phone terjatuh dalam air. Ni terjadi kat cousin aku last school holiday. Dia datang dengan anak2 dan suami jenjalan KL. So 2 malam stay at my house. Then hari tu kami pun melepak la kat swimming pool. Temankan budak2 tu mandi. So duk la kami kat bangku tepi kolam tu. Punya la best gossip bercerita bagai, sekali terjatuh handphone dia ke dalam kolam tu. Panik gak.. tapi husband dia cepat2 angkat. telefon dah lencun. Tetiba lampu menyala biru.. dah rasa dia kena kat board litar kot. So apa yang kami buat hari tu :

1) aku cepat2 google how to do bila hp jatuh dlm air :)
2) cara-caranya ialah : cepat2 tanggalkan bateri.
3) Lap kering handphone tu
4) Amik plastik dan isikan beras kat dalam plastik tu.
5) Masukkan handphone tersebut ke dalam plastik berisi beras tu.
6) Then tunggu selama 24 jam baru boleh on kan.

Dalam masa menunggu tu, kita akan nampak air kat belah dalam plastik tu, mcm keluar wap gitu.

So alhamdulillah selepas 24 jam, bila on balik phone tu. still berfungsi. :) Kat bawah pic aku snap masa phone tu dalam plastik :)

Ikan merah singgang pedas ( Terengganu Style )

Okies, last weekend tetiba datang mood nak masak singgang pedas. Teringat zaman2 duk umah cik ngah dolu2, antara fav dish nye.. ikan singgang pedas ni. So aku terasa nak masak.. alang2 dah ada lebih daun kesum ari tu. And ikan merah pun masih ada lagi. So apa lagi, cergas la aku google resepi : Aku ubah2 skit la. Cuma nak kena pi umah cik ngah nanti tanya resepi sebenar, aku buat rasa lain skit, altho rasa not bad la.

Bahan2

3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
seinci kunyit
seinci lengkuas
2 biji cili padi

(semua bahan diatas ditumbuk)

ikan merah 2 keping atau ska hati la banyak mana
air setengah periuk (agak2 tenggelam ikan skit)
garam
asam keping ( ska hati nak masam camne )

Cara2
Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi ke dalam air. didihkan. Kemudian masukkan ikan merah dan asam keping. Last masukkan daun kesum dan garam. Then rasa2 la ikut kesesuaian.

Lupa lak nak snap pic. Tapi rupanya ala2 singgang tapi ada elemen merah skit.. ekeke. Selamat mencuba :)

Makan nasi dalam daun pisang @ Nirwana Maju

Erm.. lagi entry makan2.. pening gak aku ni.. kejap diet,, yg banyak entry lak. pasal makan2.. takpe la. Btw yang ni dah lama pegi makan, tapi baru nak hapdate. Ok.. so hari tu da lupa bila.. aku nak makan kat Nirwana Maju ni. Aku ska makan kat sini sebab peria goreng nya..gitu. So aku pegi dengan H. Nirwana ni kat Jalan Telawi, sebelah ngan Bangsar Village je. Kat sini kalau lunch time ngan dinner, susah gak nak dapat table. Tapi kena sabar la skit. Kalau nampak table kosong, jangan terus pi duduk.. sebab dah ada org q kat depan kedai tu. So bila ada table.. akan diberi kepada yang lebih awal menunggu.

Overall makan kat sini aku ska. Harga mahal skit, tapi aku rasa berbaloi. Kat sini aku sokmo lauk yang sama selain set nasi dia yang terus datang dengan sayur dan kuah kari tu, aku ska order ikan tenggiri goreng. Di goreng nipis2 dan garing, pastu perah limau nipis.. uiisss.. best2. And yang paling aku ska ialahhhh PERIA goreng tu.. crunchy. nyum2.. So tanak cakap lagi la. Paste pic je la :)

Tu dia... penuh table
Okies.. tu je entry makan2 kali ini. :)

Jom makan ikan bakar!! @ Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang

Hari Sabtu lepas, tetiba teringin nak makan ikan bakar. erkkkk.. Baru je new year pi makan ikan bakar kat Bagan Lalang.. dah teringin lagi. Suarakan kepada H. H ok je. Apa lagi.. cargasss.. Kali ni nak gerak awal. Tanak lambat sampai sana. Maklum tak larat nak bersesak kat restoran tu mcm last kitorang pi.

Pukul 4 dah gerak dari umah, sampai Bagan Lalang cari surau and solat Asar, pastu kul 6 dah start pilih2 ikan and seafood lain untuk dinner kami. Orang dah start ramai. 15 minit jugak la H beratur nak pesan makanan.

Konsep kat sini, first cari meja, kalau takde meja, beratur terus untuk pilih ikan, then beratur untuk timbang ikan2 tu dan masa tu jugak cakap nak masak apa, bakar ke, 3 rasa ke, butter ke.. apa2 je la. Pastu cakap la ngan org tu duk meja mana. Kalau takde meja, mintak org tu carikan, so yg ni konsepnya tunggu je la kat kaunter sampai ada meja.

Kalau masa new year kena tunggu 45 minit nak masak, so kali ni sebab org tak ramai lagi, 30 minit dah sampai makanan. Kali ini aku pilih ikan gerut bakar, ikan kerapu masak 3 rasa, udang butter, sotong celup tepung dan kailan goreng. Ikan gerut tu kami tersalah sangka, ingatkan ikan jenahak, rupa mcm sama je, nasib rasanya lebih kurang sama gak, so aku makan tanpa sedari silap ikan, sehinggalah masa bayar , mamat tu ckp, kitorang amik ikan gerut tu.


Tu dia, meja kami depan cashier :)
Ikan yang kami pilih tak besar pun, dlm anggaran 300gm seekor, so masa membayar, semua nya RM80. Berbaloi kan? semua sedap dan harga yg berpatutan. Patut la ramai yang beratur. By pukul 7, kami dah siap makan, mak aiiiii tengok2 kat kaunter pilih ikan tu, panjang barisannya. Kami tak tunggu lama sbb nak balik dah.. maklum jauh lagi perjalanan..gituuuu :)

Pilihan kami :)

Dah hampir pukul 7, habis makan je tengok barisan panjangnya .. huhu

 
Alhamdulillah sempat maghrib berjemaah kat Surau Bagan Lalang, surau ni kecik je, tapi ramai yg solat kat situ. Semua pun nak pegi dan baru balik dari makan ikan bakar kot.. hehe.

p/s : Moral of the story, untuk yang datang jauh2 ni, elok la by 6pm dah ada kat kedai tu, kalau tak hazab nak beratur. Nak2 kalau weekend or public holiday, ramai la yg serang kedai2 makan ni. :)