Sunday, January 9, 2011

Hantu Kum Kum

Semalam petang ada sms notification gitu. Daripada Cik Arina.. Tq la..
"Zie, malam nanti kul 11 ada citer Kum Kum"
Ermm altho blur2 katak.. citer apa Kum Kum ni. Berbalas sms confirm ngan Arina, tahu la..citer antu. Ermm kena tengok ni.

Malam tengok dulu AJL 25. Aku tak ska sangat tgk AJL ni. Tapi nak gak tgk keputusan sapa yg jadi juara. So Kul 11 je aku tukar channel 104. Intro dia leh tahan seram gak.
"Asssalamualaikum...Kum.." Ada tambahan Kum kat belakang tu.
Baru la tahu ada kewujudan hantu Kum Kum ni. Kata orang..hantu ni datang dengan memberi salam tapi ada ulangan Kum kat belakang tu.. ermm .. aku terbaca daripada blog2 org pasal hantu Kum Kum ni :

Tak lama dulu pernah digemparkan dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini
dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk
kekal cantik selama-lamanya. Konon ceritanya dia tidak berjaya
menyempurnakan syarat ilmu hitam yang menghendaki dia membunuh 99
wanita cantik yang muda dalam masa 3 bulan. Kemunculan Hantu Kum Kum
ini telah menjadi bualan segenap lapisan masyarakat, sehinggakan gambar
lakarannya pernah disiarkan oleh sebuah akhbar utama.
Kononnya lagi oleh kerana hanya 10 orang sahaja baki mangsa diperlukan,
dia diberi peluang untuk menyempurnakan syarat ajarannya tetapi dia
hanya boleh muncul dalam sifat seorang perempuan bertelekung dan cuma
nampak mata. Juga dia hanya boleh keluar di waktu siang …
Kononnya juga… kalau dia memberi salam, bunyinya ialah ”
Asalamualaikum .. kum .. kum “.. Jika sesiapa menjawab dan membuka
pintu rumah maka dia akan melunaskan hajatnya.
Maka ramailah yang jadi takut nak menjawab salam apabila tetamu datang
.. tetapi tak sedikit juga tetamu yang mengusik tuan rumah dengan
memberi salam yang ‘meresahkan’ itu.

Bila dah baca ni, baru teringat, time2 aku duk hostel dulu, memang ada citer ni, sampai nak gi prep pun takut. Huhu.. tapi masa kat sekolah aku dulu aku tak panggil hantu kum kum, aku dan kawan2 seangkatan panggil hantu purdah.. hehe.. Marah lak akak2 thanawi kat sekolah dulu.. huhu.. So sbb tu aku tak tahu wujud hantu Kum Kum ni, sbb aku panggil nama lain.

Berbalik pada citer yang aku tgk semalam.. lain skit. Hantu ni ganggu org dengan mintak susu untuk baby. So sebenarnya citer semalam tu bukan hantu kum kum. Sebenarnya hantu susu..:) Plus satu lagi ialah hantu merangkak.. sebab ada satu lagi hantu dlm citer tu (lakonan didie alias), merangkak je kejenyer..

Make up hantu untuk semua watak2 hantu pun leh tahan. Altho si Marsha( Merangkap hantu kum kum + hantu susu ) masa tak make up hantu pun, muka dia still menakutkan. Pandai la dia buat org seram. Thumbs Up. Biasa nya dah abis citer antu aku tak ingat pape. Tapi citer ni buat aku seram jugak la. Terngiang lak suara pompuan bagi salam Kum Kum tu. Plus ending citer ni yang tunjuk muka hantu Marsha tu.. sambil kepala terteleng. Ishk2.. tapi overall aku ska la citer ni. Memang terasa la perasaan tengok citer antu tu.. seram nye ada.

Tu je entry hantu2 untuk hari ini.. :)



2 comments:

  1. that means ni bkn hantu kum kum la..tapi hantu bubis...ermm..ke hantu tetek? ekekekekek

    ReplyDelete
  2. Leh je panggil pape.. semua tu mak taste.. haha.. apa ke tetek nyer..

    ReplyDelete