Monday, July 11, 2011

Balik Kampung and santai di Perhentian.. yayyy

Minggu lepas aku mc 2 hari, demam kuat laks.. maybe sbb jangkit demam org2 yg balik obersea ni.. :) Nak balik on Khamis, semua tak larat nak bawak kereta, sudahnya balik Jumaat pagi. So nak kuar dari KL minggu ni. 9 hb ada Bersih laks.. kalau isytihar darurat, aku leh lepak lama skit kat kg.. bole?? hehe.. Nauzubillah la.. takpe la kena masuk keje, janji Malaysia aman. Sampai je Dungun, rehat jap, pastu terus lepak umah Kak Yah, hantar baju raya budak-budakss... Nasib baik la muat. Takut gak aku masa tolong beli ari tu. Mana tau kalau tak muat. Alhamdulillah semua ok.

Sabtu pagi, mak ayah nisah and aku ke Pulau Perhentian. Memang da teruja nak pi sini lama dah.. tambah2 lagi bila tak kesampaian nak pi Tioman last 2 weeks sbb aku ada training..huhu. Perjalanan ke Jeti Kuala Besut lama sungguh.. penat. Aku asik tido..bangun..tido.. tak sampai2. Kul 12 tghari sampai terus pi kat travel agent yang ada kat pekan tu and terus la naik bot laju ke Perhentian. 

Ishk2.. macam menyabung nyawa naik bot ni.. bila bot langgar ombak.. huhu.. mak dah bising.. Ini la kali terakhir aku gi Pulau ni... huhu.. Aku lak, mula2 camtu, pastu 10 minit pastu, cam best lak naik bot tu. Bak kata ayah..buat biasa je... jangan rasa takut. Menjadi la petua tu. :) Duk sana semalam je.. Aku dari sampai pulau, mandi laut jap, dengan selamba tido je kat tepi pantai sampai petang. Puas hati aku.. Dah lama teringin nak rehat camtu.. tak yah pk pape.. tido sambil dengar bunyi ombak.. huhu... Ahad pagi, pepagi lagi kitorang kuar dr pulau.. Aku ingat nak balik KL hari ni.

maintain demmmokkss. 


acting sleep gittewww
on the way nak balik.. atas bot
 Kul 3 petang lepas lunch umah Cik Ngah, aku terus gerak balik KL. Dalam perjalanan, Ya Allah..hujan maha hebat sampai aku kena drive 20km/jam..langsung tak nampak jalan.. huhu.. Alhamdulillah hujan tak la lama dan aku selamat sampai juga pada kul 8 malam... Alhamdulillah.
sempat gak snap pic masa ujan.. huhu



3 comments: