Tuesday, March 15, 2011

CUTI SEKOLAH

Apa yang aku ska sangat dengan cuti sekolah ni.. altho aku takde la anak yg masuk sekolah ke apa kan. Sebab utama dan aku rasa jadi kebahagian semua orang ialah, bila budak2 sekolah tak sekolah dan rehat2 kat umah sambil tengok tv ialah.... SEMUA JALAN2 YANG SELALUNYA SESAK DIPAGI2 HARI.. jadi lengang... ermmm.. So aku leh la bangun lambat and bawak kereta dengan amannya. Bila jalan da tak jammed, so sampai opis dengan hepi, dan mood aku juga akan cantik jugak.

Walaupun budak2 sekolah tengah cuti, tapi aku? Tak cuti jugak and kena sekolah jugak. Minggu lepas dan minggu ni banyak sungguh dengan mid term test all. Semalam abis lagi satu test. Weekend ni pun ada test jugak. Lambat sungguh nak setelkan sekolah ni. Penat da nak berulang alik ke SA. 

Ermm.. da lapar, so nak pi bf makanan kesihatan la,, maklum tetiba minggu ni mode diet gitu.. chow..

Tuesday, March 8, 2011

Kerajinan dan Kemengantukan

Huhu.. tengah nak setel report ni, mata ni layu semacam je. Nak kata tak masuk konti, lagu terpasang da bingit sangat da.. stok kalau gajah lalu kat tepi, aku tak dengar da.. Nak kata tido lewat semalam, tak jugak, b4 12 da tido. Or maybe sbb lama sangat tido? ishk2.. serba tak kena.. tido lewat takle..awal pun tak le.. apa daaa...
Pagi tadi aku da lewat skit kuar umah, bajet mesti jam teruk, tapi tengok jalan cam tak sesesak biasa? ramai plak orang bercuti serentak ke ni? :) Semua nak cuti Rabu kot. Ikut hati aku pun, aku nak cuti Rabu. Aku ska duk kat umah Rabu, sbb aku tak yah pi SA ari ni. Tapi takpe, duk diam2 kat opis la, setelkan keje.
Bercakap pasal ngantuk ni... oksigen tak sampai ke kepala la ni .. huhu.. sungguh tak produktif. Apa nak buat kalau mengantuk ye? Aku terpk untuk kat bawah ni :
  1. Ke Mid Valley : Tak boleh.. sbb tengah keje
  2. My News beli chocolate : Tak boleh .. sbb baru tadi abis kan cadbury black forest..huhu
  3. Dengar lagu kuat2 kasi bingit telinga : Dah buat.. but still ngantuk
  4. Half Day??? - Uiii.... macam best.. tp tak kot, sbb partner takde today... hope Adam cepat sembuh demam..
Ermmm.. tetiba da kurang ngantuk.. mcm mana aku buat ialah, aku try cari tips2 nak elak ngantuk tu.. banyak baca entry2 orang 2 kat blog2 and aku bukan baca tips2 nak elak ngantuk je.. tapi aku baca benda lain jugak.. so skang mcm da ok skit. sambil dengar lagu BEP ni.. the time of my live.. tetiba aku jadi tak ngantuk.. YESSSSS

Jom nyanyi sesama.... 

I-I came up in here to rock
Light a fire, make it hot
I don’t wanna take no pictures
I just wanna take some shots
So come on, let’s go
Let’s lose control
Let’s do it all night
‘Til we can’t do it no mo’

Ok la.. da melalut banyak ni.. disebabkan tujuan tulis blog ni nak ilangkan ngantuk.. and now mmg da ilang skit ngantuk ni.. kena la sambung keje2 report mereport yang terbengkalai tadi. Chow

Muhasabah Diri

Aku cuba nak jadi yang terbaik or aku ingin yang terbaik sebagai balasan? Semua orang nak yang TERBAIK je dalam hidup. Dapat atau tidak je yang jadi ukurannya. Hari ini aku tetiba terpanggil untuk berfikir dengan baik tentang pilihan hidup aku ni.

Ada benda yang kita boleh pilih dan ada benda yang kita tak boleh pilih dan tetiba datang saja pada kita. Aku ni da banyak sangat abaikan diri aku ke? Ada kawan bertanya.. apa yang aku nak dan apa target aku? Aku diam. Apa yer? Aku ni banyak je main2 kot. Bila lama tak bertemu dan berpeluang nak sembang panjang lebar ni. Aku rasa betul kot, aku kena move on. Kena ada satu target dalam hidup aku ni. Long term ke short term ke.. janji aku kena yakin dengan satu target hidup aku.

Sama jugak dengan ulang alik aku ke S.A dari 2006 ni, dah beberapa tahun aku hadap rutin yang sama, dan aku hope sangat aku dapat setelkan by awal tahun hadapan. Harap aku achieve target belajar aku ni. Ada benda yang aku boleh buat sendiri and perlukan kerjasama orang lain. Senang dan mudah, execute je plan yang melibatkan diri sendiri. Senang. Tak perlukan campurtangan orang lain. So aku kena kuatkan semangat, tabahkan hati dan cuba sedaya mungkin. Bukan mudah nak harungi, tetapi tak mustahil juga untuk aku berjaya mengharungi.

Apa yang penting, doa dan yakin kepadaNya. Ada pelbagai hikmah disebalik apa yang dihantar kepada kita.

Monday, March 7, 2011

Sleepy Day & Hari yang menyedihkan



Huhu.. now da sampai S.a. Ermm.. macam mana nak buat ni.. mata sangat mengantuk. Try nak study skit2 untuk Quiz Tax jap lagi. Tapi aku da banyak kali terlelap.. kalau kat umah, mau aku tido, tapi ni kat Old Town.. Bole tido? Terus la bukak lappy..nak kasi segar skit mata dengan menghapdet blog ni. Kat luar cuaca sangat gelap. Mesti jam semua jalan kalau ujan ni... apa aku tulis ni ye? or aku perlukan asam laksa? sbb hari ni sengal tak sengal, kat Old Town ni kehabisan roti? ermm... stock up la bebanyak skit roti tu da tau orang ska makan roti. ishk2..

Sebab tajuk entry kali ni adalah hari yang menyedihkan.. kerana apa? kerana HP saya rosak la... ermmm macam mana ni.. Tak nak la beli baru lagi.. taraf kewangan buat masa ni sangat la tak stabil.. ni kalau aku beli hp, nampak la aku makan megi and biskut je hari2.. sedih la...

Macam mana yer... nak beli hp apa pun tak tau. Tak de yang berkenan buat masa ni. Yang berkenan ada.. tapi mahal lak.. takde lak sesapa nak buat kutipan derma kilat nak hadiahkan aku phone..hehehe.. kim salam la kan..

Apa aku melalut ni yer.. mengarut la... tapi esok kena pi kedai dulu, mana tau kot2 hp tu leh repair lagi. Hazab sungguh rosak phone ni. Ok la... malas nak tulis lagi, nak tengok buku la jap.Mana tau dapat ilham skit2 nak menjawab dalam kelas nanti. Chow.......

Sunday, March 6, 2011

NO STRING ATTACHED



Hari ni, pepagi da lepak Papa Rich. Kena setel keje skool da.. so duk la berabad kat situ menyiapkan keje altho sbnrnya nak siapkan semua la.. huhu... pukul 3 balik after having lunch kat Half Moon Restaurant, terus singgah MBO nak tengok No String Attached. Kata orang citer ni best. So recommend by Cik Yeen jugak. Ermm.. betul la kot. kekadang lagi senang takde kaitan daripada ada kaitan. free gitu ek? :) So takde sapa leh control diri kita and kita jugak tak leh control org lain. So average score yang aku nak bagi kat citer ni ialah 3 out of 5. Ok la.. aku enjoy tengok citer ni.

Yang paling TASTE ialah Ashton tu huhuhu.. sangat hensem ye. Natalie Portman, emmm..ok la, aku lagi ska kalau pompuan tu ialah Scarlett Johanson. Lagi sexy kot.. :)

Memanjakan kaki @ Nail Parlour... :)

At last, last Friday, pegi jugak ke Nail Parlour MV. Niat nak buat pedicure yang dah berabad tertangguh, daripada kak mahani belum pregnant.. sampai ke Uzair da selamat lahir, pegi la jua...huhu.. Dah lama benor tak buat, aku tengok hazab jugak pekerja situ nak setelkan kaki aku..ekeke.. gasak la.. tapi hasilnya? Sangat berpuas hati. So lepas ni, kitorang akan jadikan aktiviti manjakan kaki ni sebagai ritual jugak disamping ritual yang membesarkan badan setiap bulan tu.

Kenapa perlu pedicure? Ermm..mengikut teori aku yang memang aku ska reka2 sendiri (Nak sedapkan hati ), kaki kenala dijaga dengan baik sbb kaki la yang banyak bekerja untuk aku. Ermm.. berjalan jauh dengan bawak badan aku yang alkamlumla saiznya.. So kaki ku sangat hazab la kejenya. So sebagai balasan, bagila kaki kita berehat... :) Sungguh kukuh justifikasi ini.

Kepada sekongkol di sekolah tu, next time, kita pi sama2 yer.. :)

Note : Balik je dari pedicure, pegi meeting kat HQ, bukak lappy rasa macam nak menaip dengan kaki je..hahha.. bak kata my  partner, camne ni? Kaki lagi lembut dari tangan da.. hahaha

Sempat jugak nak snap pic...
Peace from Mahani... :)
Snap pic gitu... Bukti 1st Ritual
Sungguh mahir akak Philiphine ni...

Tadaaa... cam tak kenal kaki sendiri da.. tak amik gambar sebelum sbb takut aku sendiri tak sanggup nak upload.. hehe

Wednesday, March 2, 2011

Demam...

Rabu.... aku cuti lagi, bezanya kali ni aku MC. Ermmm altho best dapat mc.. tapi otak serabut sbb reporting time lak kat opis time ni.. ishk... semalam aku cam demam skit je.. memang badan cam lemah, tapi rasa kat dahi cam tak panas sangat. Kul 3 pi Zarif, doc amik suhu.. mak aiii.. 39, terus doc tu bebel nape tak datang awal, pepagi tadi ke.. ermm.. sbb aku rasa cam biasa.. tak teruk sangat. terus dia suh aku balik dan2 tu dan bagi mc untuk hari ni sekali. Aku dapat antibiotik lagi.. ni yang malas nak hadap makan ubat on time ni. Ermm dah la kena habis kan dos. huhu.. Kelas semalam pun tak pi. badan seram sejuk and tanak gamble nak drive ke S.alam la. Altho feeling2 ala bionic woman gitu, tapi takut da sampai sana collapse.. tak ke haru..huhu. So tak pi kelas Finance.. camne tu, ntah boleh ke tak aku follow pasni, da la aku ni sengal skit nak pahamkan fnance ni..ok la... nak buat keje skit.. chow