Monday, August 9, 2010

Kita dan pilihan hidup

Ermm.. Hari ni rasa macam nak menulis lak.. macam dah lama tak tulis blog ni. Ada banyak nak masukkan selain resipi terbaru nak buat fettucini carbonara dengan resipi yang paling senang. Before that, nak citer topik seperti diatas. kita dan pilihan hidup. Semenjak 2 menjak ni terpikir pasal isu ini. Macam berat lak rasanya. Hari tu, sorang kakak ni baru je balik daripada satu training yang dirasakan sungguh menarik, dan dia balik dengan membawa satu statement yang sangat aku suka.

" Beb.. tahu tak, dalam hidup ni, tak de sangat yang bergantung pada nasib, tetapi sebenarnya daripada pilihan kita sendiri."

Ermm.. tak paham lak.. apa yang dimaksudkan, then diterangkan dengan contoh-contoh all kan.. baru la paham. Munasabah la apa yang dimaksudkan tu. Setiap yang terjadi adalah disebab kan pilihan dari diri kita, contohnya Si A mendapat kesusahan dalam hidup kerana maybe dia kenal dengan orang yang salah (si B), Siapa yang salah? Si A laaa sebab telah membuat pilihan untuk meneruskan hubungan dengan Si B, so dia yang membuat pilihan itu. Dia boleh memilih untuk tidak memilih Si B. Takdir hanya menemukan tetapi untuk membuat pemilihan masih lagi digerakkan oleh hati dan perasaan kita sendiri dan juga kebijaksanaan berfikir kita.
Apa juga dalam hidup kot, masa2 kecik2 dulu ada orang  nak jadi Doktor, itu ialah pilihan. Then set goal, dan usaha. Akhirnya jadi la doktor, InsyaAllah... So bukan takdir tetiba jadi doktor.

Dah membebel banyak lak, mcm la aku ni berjaya sangat, tetapi bila duk diam2 pikir, aku rasa cam nak share kat sini.  Terpulang la percaya ke tidak, tapi itu la coretan tengahari ni tengah2 tunggu nak makan sebab ari ni ada gathering lagi.. huhu... esok nak posa, so ari ni ari terakhir nak makan ramai2 meraikan sorang staff ni nak transfer.

End :)

1 comment:

  1. Sgt setuju dgn statement tu. The choice is yours. But, kita manusia ni tak lari dr melakukan kesilapan. Thats why our life is colorful. Dan juga ada bermcm2 rasa...

    ReplyDelete